• BIDANG LATIHAN

  • Pengetahuan Asas Pertahanan Awam

  • Kemahiran Asas Pertolongan Cemas

  • Kemahiran Asas Melawan Kebakaran

  • Kemahiran Asas Menyelamat

  • Kenegaraan

  • Etika/Moral

  • Arahan Keselamatan    

 

  • KAEDAH LATIHAN

  • Latihan akan dijalankan oleh jurulatih yang bertauliah dan pembantu jurulatih dalam bentuk teori dan praktikal.

  • Latihan dijalankan secara mingguan diselaraskan dengan aktiviti kokurikulum UTHM.

  • Latihan luar akan diadakan pada setiap semester bagi semua anggota SISPA dan akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam.

 

  • SUKATAN LATIHAN

  • Setiap silabus SISPA I hingga SISPA VI, pelajar akan didedahkan dengan latihan luar/medan bagi memenuhi keperluan silabus serta memahirkan mereka daripada segi kemahiran yang akan diadakan setiap semester berikut:-

·         SINOPSIS SISPA I :-Siswa Siswi Pertahanan Awam I (SISPA I) memberi pendedahan awal berkaitan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan International Civil Defence Organization (ICDO), kenegaraan, pengenalan pertolongan cemas, anatomi, asas sokongan hayat, tanda-tanda dan rawatan, teknik ekstrikasi mengeluarkan mangsa, arahan keselamatan dan latihan kawad kaki.

·         SINOPSIS SISPA II :-Siswa Siswi Pertahanan Awam II (SISPA II) adalah lanjutan daripada SISPA I yang mana ia memberi penekanan terhadap perlembagaan Malaysia, teknik menyelamat, ascending dan descending, melawan kebakaran, arahan keselamatan, etika dan moral serta latihan kawad kaki.

 

·         SINOPSIS SISPA III :-Siswa Siswi Pertahanan Awam III (SISPA III) merupakan kursus lanjutan SISPA II yang memberi penekananan terhadap ascending dan descending lanjutan I, melawan kebakaran dalam keadaan kawad basah dan kering, arahan keselamatan lanjutan, dan latihan luar serta kawad kaki.

 

·         SINOPSIS SISPA IV :-Siswa Siswi Pertahanan Awam IV (SISPA) merupakan kursus pengenalan kepada standard operating procedure (SOP) dan khidmat kemasyarakatan 999 pertahanan awam. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dalam organisasi, etika dan moral serta kemahiran berkomunikasi.

 

·         SINOPSIS SISPA V :-Siswa Siswi Pertahanan Awam V (SISPA V) merupakan kursus SISPA lanjutan yang memberi penekanan terhadap pertolongan cemas lanjutan, teknik menyelamat lanjutan, melawan kebakaran lanjutan, ascending dan descending lanjutan II, dan khidmat kemasyarakatan serta pengucapan awam berkaitan perlembagaan Malaysia.

 

·         SINOPSIS SISPA VI :-Siswa Siswi Pertahanan Awam VI (SISPA VI) merupakan latihan praktikal setelah tamat lima kursus SISPA. Segala ilmu yang dipelajari akan digunakan sepanjang latihan praktikal ini. Para pelajar akan di tempatkan di bilik kawalan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) atau di bilik gerakan bencana.

 

  • Anggota SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama enam (6) semester. Sijil Tamat Kursus Asas akan diberikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kepada anggota SISPA yang menamatkan kursus SISPA I dan II dengan jayanya.

  • Setelah mendapat Sijil Tamat Kursus Asas, anggota SISPA digalakkan untuk meneruskan pengajian di dalam SISPA III hingga SISPA V/VI untuk pentauliahan anggota JPAM.

  • Pada SISPA III hingga SISPA VI, anggota SISPA akan didedahkan dengan kemahiran tertentu bagi mendapatkan sijil kemahiran seperti Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik, dan Melawan Kebakaran.

  • Anggota SISPA yang telah tamat SISPA V/VI dengan jayanya akan diberikan Sijil Tamat SISPA yang akan dikeluarkan oleh UTHM serta layak untuk berkhidmat terus sebagai anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka juga  perlu bergiat aktif dalam mengikuti akitivi-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda.

 

Kemaskini:21 Julai 2010

 

 

 

Make a Free Website with Yola.