BAYARAN ELAUN
- Pelajar yang telah tamat semester dua (2) dan telah didaftarkan ke dalam Unit SISPA pada semester tiga (3) layak untuk menerima elaun dari JPAM. Bayaran elaun tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum SISPA.
- Pegawai Penyelaras SISPA adalah layak menerima elaun dari JPAM mengikut pangkat yang disandang seperti mana kadar yang ditetapkan dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
- Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti kokurikulum SISPA akan dibayar oleh pihak universiti mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh UTHM.
GANTI RUGI BERHUBUNG DENGAN KECEDERAAN
- Anggota SISPA UTHM ditanggong insurans melalui UTHM termasuk apabila menyertai aktiviti di luar kawasan UTHM.
- Insurans untuk pegawai bersekutu SISPA UTHM akan ditanggung sepenuhnya oleh UTHM.
ISTIADAT
- Anggota SISPA dibenarkan menyertai majlis, istiadat atau perayaan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau kementerian yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Pertahanan Awam ataupun agensi-agensi yang lain.
TUGASAN
- Anggota SISPA dibenarkan terlibat di dalam Perkhidmatan Kecemasan 999 Pertahanan Awam, pasukan penyelamat pantai atau operasi bencana apabila diperlukan.
PERATURAN
- PAKAIAN SERAGAM-Mengikut arahan pemakaian pakaian seragam yang telah ditetapkan.
- KEHADIRAN ANGGOTA SISPA-Anggota SISPA mestilah menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah masa latihan yang diadakan bagi setiap semester untuk mendapatkan Sijil Tamat Kursus Asas dan mengikut buku panduan kokurikulum UTHM.
Kemaskini:21 Julai 2010